15 June 2010

Tokoh Melayu Lama

Tokoh Pejuang Melayu Lama memang sangat dikagumi. Dari segi nama mereka memang sangat tersohor tapi adakah kita tahu serba sedikit latar belakang mereka. Emm... buku yang kecil ini ada dinyatakan biografi mereka serba sedikit. Boleh lah untuk kita bercerita kepada anak-anak bangsa.


Foto muka depan buku yang kumiliki ini nipis sahaja.

Antara tokoh yang ada di dalam buku ini ialah Datuk Maharajalela (Perak), Dol said (Melaka), Tok Janggut (Kelantan),Datu Mat Salleh (Sabah), Datuk Bahaman ( Pahang), Mat Kilau (Pahang),Kisah Sembilan wali (Jawa).



Wajah Seorang pejuang yang ikhlas berjuang iaitu Mat Kilau..semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya.

Mat Kilau merupakan anak kelahiran Kg Masjid Pulau Tawar, Jerantut. Bapanya adalah imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah. Sekitar 1890-an ,pemberontakan rakyat di Pahang bermula apabila British ambil alih mengutip cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.British isytihar perang, namun Mat Kilau berjaya melarikan diri dan sebarkan semangat juang ke negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.Mat Kilau yang mahir dengan ilmu hutan menggunakan laluan hutan untuk berulang alik ke negeri jiran.Beliau menjadi orang buruan British dan terpaksa hidup berpindah randah. 22 Oktober 1895, akhbar Inggeris..The Free Press menyatakan Mat Kilau cedera parah dan ditangkap, seterusnya mati. Ia bertujuan untuk menamatkan riwayat Mat Kilau secara halus. Namun beberapa sahabatnya tahu perkara sebenar.

Disebabkan beliau dicop sebagai penderhaka oleh British maka beliau mengasingkan diri dan berpindah randah hingga akhirnya menetap di Batu 5, Jalan Kuantan Gambang.Sejak 1930..beliau menukar namanya beberapa kali dan yang terakhir ialah Mat Siam.

namun Disember 1969, Tuhan menggerakkan beliau untuk memperkenalkan dirinya yang sebenar. Jumaat 26 Disember 1969 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, selepas sembahyang Jumaat, beliau membuat pengisytiharan.Ia menggemparkan sehingga kerajaan Pahang tubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat. setelah disahkan, jam 10.30 pagi, 6 ogos 1970, menteri besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh mengisytiharkan Mat Siam ialah Mat Kilau. Empat hari kemudian , beliau meninggalkan kita buat selama-lama menghadap Yang Maha Esa. Usianya dipercayai ketika itu ialah 122 tahun.

Hebat tokoh-tokoh terbilang , mereka meniupkan semangat perjuangan yang kental..Petikan di atas adalah dari buku Tokoh-Tokoh Hebat Melayu. Selamat membaca.

11 June 2010

Tip Cepatkan Nyahbeku

Bab nak memasak ni memang leceh kalau nak kena tunggu ayam , ikan , udang atau bahan mentah yang disejuk beku untuk cair ais yang melekat padanya. Bila ais dah cair..keterujaan nak memasak pun pudar..mahu tak pudar kalau menunggu hampir 2 -3 jam.Kalau direndam dengan air panas hilang pula zatnya. Ayam atau ikan pun dah lembik malahan masih melekat lagi antara satu potongan dengan yang lain.
Oleh itu apa yang kulakukan ialah selepas mencuci ayam atau ikan (sebaik-baiknya lepas dibeli), letakkan ketul ayam itu berlapis-lapis dengan dilapisi plastik..guna je plastik yang bungkus ayam tu. Bila lapiskan dengan plastik, ais yang melekat senang tertanggal..So isi ayam atau bahan mentah tu tak le lembik.Masa yang diperlukan untuk ais cair pun tak lama.

ketul ayam yang dilapisi plastik antara satu sama lain.
Cara ni ku gunakan untuk semua bahan mentah seperti hirisan daging,ayam, ikan, sotong dan udang. Cubalah...mudahan membantu anda.

Suburkan Pokok Anda

Kali ini nak berkongsi sikit kegemaranku menanam pokok dengan para pembaca. Bila kita ada menanam pokok kat kawasan rumah ni sejuk sikit persekitarannya .Maklum le sekarang ni musim panas , paling kurang ada kehijauan ni dapat menapis kepanasan ni dari terus masuk ke rumah.
Kat bawah ni ada di paparkan pokok yang ditanam kat rumah teresku..emm..kawasan sempit jadi kena tanam dalam pasu.

Dulu-dulu bila tanam pokok ni...tak berapa nak menjadi dengan tanganku ini. Orang tua-tua kata tangan panas.. Tapi sebenarnya, kena tanam minat dan luangkan masa dengan pokok-pokok ni. InsyaAllah..boleh hidup. Pokok ni benda bernyawa ,jadi kena beri baja, air, cahaya yang cukup juga.

Nak kongsi dengan pembaca, baja yang ku guna jenis Peatgrow(plastik warna kuning)..sekali guna sikit je. Nampak ada perubahan dari segi kesuburan pokok-pokok ni.

Ni pokok periuk kera, orang kata kalau letak baja pokok mati tapi ku cuba letak peatgrow ni ..ok malah banyak pula periuknye.

Ni pokok paku...saje cuba tanam dalam batu yang ada lubang ..letak tanah sikit..nak biar pokok ni menjalar kat tiang.

ni Ixora..lebat berbunga..pokoknya kecil je..yang jenis berbunga kena tambah sikit lagi baja biji warna merah untuk berbunga. Bunga ni jenis tahan lasak.
Akhirnya, petua yangku selalu amalkan ialah sambil menyiram pokok-pokok ni , hendaklah berselawat atau berzikir (dalam hati je)..confirm pokok-pokok ni dengar sebab dia juga makhluk Allah.Malahan kita juga dapat pahala...Selamat Menanam pokok agar bumi kita sentiasa hijau.





08 June 2010

Musang Serang Bayi

7 Jun 2010
London: Sepasang bayi kembar dirawat di hospital selepas diserang musang ketika mereka tidur.Bayi kembar berusia Sembilan bulan sedang tidur di tingkat atas.Sewaktu kejadian ibu bapa bayi leka menonton televisyen. Mereka tersedar apabila mendengar raungan bayi tersebut. Luka yang dialami adalah pada muka dan tangan.
Musang tersebut menyelinap masuk melaui pintu patio yang dibuka kerana penghuninya kepanasan.
..


Rumah 3 tingkat berharga RM 3.9 juta. Serigala masuk melalui pintu 'sliding' yang terbuka di belakang rumah.




Inilah yang dikatakan pertembungan manusia dan haiwan. Adakalanya manusia menang adakalanya manusia yang menjadi mangsa. Kesian betul nasib kedua-dua bayi tersebut.

05 June 2010

Kerja rumah tak pernah habis

Cepat betul masa berlalu. Dah masuk cuti sekolah.Aduhh...camana nak layan kerenah budak-budak ni. Kalau ikut hati mereka tentulah nak pergi bercuti ke mana-mana.. Emm...mak bapa kena le mohon cuti tahunan..Tentu sekali mencatur kewangan semula..semua perlu duit, kereta perlu minyak, lebuhraya pula bertol, makan , minum dan pelbagai.
Apa-apa pun, setakat ni tak ada perancangan nak kemana-mana. Harap-harap , budak-budak ni khatamkan dulu buku-buku cerita yang berlambak untuk dibaca. Inikan hobi yang tersangat baik. Boleh mengasuh minda mereka juga.
Sebenarnya, nak kongsi topik tentang bagaimana nak mempercepatkan kerja rumah seperti melipat pakaian. Huh..bab membasuh guna mesin je...tapi melipat, perlukan kudrat manusia. Bagi yang ada pembantu rumah , tak le banyak masalah tapi macamku yang bekerja dan tiada pembantu kenalah buat segala-galanya.Ditambah pula dengan empat orang anak, emm...kalau membasuh memang hari-hari.
Amat penting, kita rancang dari masa nak membasuh lagi. Jadi , saya asingkan membasuh pakaian anak-anak, mak bapa dan anak yang kecil (3 tahun). Lepas tu menjemur pun letak berasingan, tujuannya supaya bila mengangkat nanti tak bercampur aduk. Masa angkat , baju-baju ni, kalau ada selimut atau cadar, masa tu juga akanku lipatnye dan dapat mengatasi dari berkedut seribu..KENAPA..supaya yang tinggal tak berlipat tak nampak banyak. Percayalah..perasaan dan mood kita banyak bergantung pada penglihatan mata. Kalau semua baju dan cadar serta selimut bercampur dan meninggi bak bukit, makin resah perasaan nak melipatnya. Tup-tup..bila nak pakai kelam kabut cari pakaian yang bertimbun tu.
Kemudian , asingkan semua pakaian sekolah dan susun berhampiran tempat menggosok. Jadi, tak le susah nak mencarinya. Pakaian yang belum berlipat asingkan ke dalam bakul ikut tuan punya badan.Jadi kena le ada 4 bakul untuk anak-anak.Stokin pula masa angkat dah diikat ikut pasangnya.. semua stokin letakkan dalam bekas bertutup berhampiran tempat kasut..Senang nak memakai nanti..Yakin le , masa yang diambil semasa mengisih pakaian sewaktu mengangkat dari ampaian JAUH lebih sedikit daripada masa yang diperlukan kalau nak menggali pakaian yang bertimbun cam gunung.. Ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri...
Selamat mencuba walau ku tahu anda semua dah mempraktikkan kaedah yang lebih baik dari ini.

04 June 2010

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang 'Tragedi Mavi Marmara'

1. Mavi Marmara merupakan kapal utama yang mengetuai konvoi 6 kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, memuatkan hampir 700 orang dari 50 buah negara yang berbeza.
2. 12 orang rakyat Malaysia yang ikut serta di dalam kapal Mavi Marmara yang terdiri daripada sukarelawan, doktor serta wartawan sedang ditahan oleh Israel dan keadaan mereka masih tidak diketahui dengan jelas.
3. Barang-barang yang dibawa bersama oleh Freedom Frotilla ini adalah seperti ubat-ubatan, bahan binaan, rumah pasang siap, buku, alat tulis, kerusi roda dan lain-lain lagi keperluan rakyat Gaza yang telah dikenakan sekatan sepenuhnya oleh Israel sejak 4 tahun yang lepas.
4. Penumpang-penumpang terdiri daripada sukarelawan bantuan kemanusiaan, doktor, wartawan dan ahli parlimen yang tidak sanggup melihat penderitaan rakyat Gaza ditindas sesuka hati oleh Israel dan dibiarkan sahaja oleh negara-negara lain.
5. Kini Israel mengamalkan dasar media tertutup dengan menghalang sebarang maklumat berkaitan peristiwa ini keluar dan cuba memutarbelitkan fakta agar menghalalkan tindakan mereka melakukan pembunuhan terhadap orang awam.
6. Kapal-kapal, penumpang dan barang-barang telah melalui proses pemeriksaan yang ketat di pelabuhan bagi memastikan tiada bahan berbahaya atau senjata dibawa dan kesemua individu merupakan pekerja bantuan kemanusiaan.
7. Kapal Mavi Marmara diserang di perairan antarabangsa, bukannya di perairan yang dikuasai oleh Isreal.
8. Tindakan para penumpang Mavi Marmara merupakan reaksi kepada aksi ganas Israel yang ingin merampas kapal dengan menembak dari helikopter dahulu sebelum pasukan komando lengkap bersenjata mendarat yang kemudiannya dihalang oleh penumpang kapal.
9. Armada laut Israel menghantar pasukan komando lengkap bersenjata dan dibantu oleh helikopter, bot laju serta kapal perang untuk merampas kapal-kapal Freedom Frotilla yang dinaiki oleh orang awam yang tidak bersenjata.
10. Anda boleh melakukan sesuatu. Sebarkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, sedarkan masyarakat tentang tindakan biadab Israel, ambil tindakan sewajarnya dan pohon doa kepada Allah.
Maklumat lanjut: http://www.lifeline4gaza.org/

30 May 2010

Ohh...Kasut Crocs lagiii

Kasut 'Crocs' menjadi kegilaan la pula sekarang ni. Ianya lebih kepada sandal namun tetap selesa. Macam-macam warna adaaa..yang lebih menceriakan butang berbagai bentuk.
Sandal Crocs seperti terompah ni mula diperkenalkan pada 2002. Pendapatan syarikat ni pada 2008 ialah USD721.6 juta, Woww..hebat maklum le pasaran antarabangsa.Hemm..makin banyak reka bentuk yang cantik-cantik. Ianya ada banyak lubang yang boleh di isikan dengan butang 'jibbitz' beraneka corak...Ada butang 3D lagi. Fuh canggih. Tapi benda yang canggih ni buat mak bapa pening, sebab kena keluar belanja bila anak-anak buat koleksi mengumpul jibbitz ni.Apa-apa pun, yang penting kena jimat cermat, almaklum ekonomi pun tak stabil ..benda-benda ni pun cuma letak kat kaki je.hehe.. tapi tak dinafikan memang sedap pakai sandal crocs..





Hah..ini sandal crocs ,anak yang pertama







Ini pula anak yang kedua



Ini anak yang ketiga..Emm, rasanya tak sampai sebulan mesti dah comot sebab warna putih. Namun begitu butang berbagai warna tu nampak menyerlah betul.

Huhu...mana kasut aku pula? emm kat bawah ni rekabentuk baru. Ish..mengidam betul nak beli. nampak cam selesa je..kena le kumpul duit kalau berhajat nak beli.



28 May 2010

'Eczema' ..daun gelenggang

Anakku mengidap eczema pada kulitnya. Bermacam-macam ubat telah digunakan. Kebanyakan doktor memberi krim untuk disapu dan ada steroid. Kesan dari penggunaan yang berpanjangan kulitnya bertompok putih pada tempat yang disapu.. Emm nasib baik , tempat yang disapu tu pada siku dan lipatan tangan serta lutut..Sekejap baik dan kemudian kembali gatal. Kesian betul tengok dia tergaru-garu pada kawasan berkenaan. Atas nasihat orang tua-tua aku mencuba sapukan air daun gelenggang yang telah ditumbuk, warnanya hijau tua.. Alhamdulillah lukanya cepat kering. Lebih kurang 2 minggu dah pulih. Masa tu , aku ambil daun tu kat tepi jalan je. Oleh sebab daun gelenggang ni mustajab dengan izin Allah, maka dah ku tanam kat rumah. Emm senang je hidup, guna keratan batang je.
Cubalah jika anda dan keluarga ada masalah ni..serta jangan lupa minta doa dgn Allah dan selawat.

Pokok gelenggang yang ku tanam kat rumah.


Penggunaan berterusan, walaupun kulitnya dah tak luka adalah sabun gelenggang ...senang sikit nak bawa ke mana-mana.

Rupa bunga gelenggang..gambar hiasan. Nak tunggu pokok sendiri pula berbunga.

Gelenggang (Cassia Alata)
Pokok gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Boleh mencapai ketinggian lebih 6 kaki Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

kegunaan:
Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah(setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut.Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja.

untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus(rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing,penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas disesetengah negara Amerika selatan.Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria
**Amaran, perempuan mengandung,menyusukan akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik. sumber: www.melur.com

25 May 2010

Saat Mula

Salam Perkenalan..

Woww..mudahnya nak ber'blog'. Apa yang ku rasa? emm seronok, macam kanak-kanak mula berjalan. Tapi sayang..daku dah tak ingat saat itu. Cuma menghayati apa terlihat bila anak-anak dapat berjalan. Sesungguhnya, minda kita begitu teruja dengan sesuatu yang baru. Bila minda bersemangat maka seluruh jasad turut teruja.



Mudah-mudahan bila kita mendapat semangat baru, apatah lagi untuk peningkatan diri memang elok benar dipupuk.



kenapa ye 'warna minda'? Padaku minda seumpama kertas kanvas..kotak ajaib...akal azimat dan banyak lagi. sebab itu ia seiring dengan warna ..yang ujud terlalu banyak variasinya. Warna yang tenang amat mendamaikan dan mengasyikkan. Namun ada warna yang membuat jiwa resah dan marah. Apa-apa pun semua ciptaan Tuhan ada hikmahnya..Moga minda kita terasuh kepada kebaikan selalu..