28 May 2010

'Eczema' ..daun gelenggang

Anakku mengidap eczema pada kulitnya. Bermacam-macam ubat telah digunakan. Kebanyakan doktor memberi krim untuk disapu dan ada steroid. Kesan dari penggunaan yang berpanjangan kulitnya bertompok putih pada tempat yang disapu.. Emm nasib baik , tempat yang disapu tu pada siku dan lipatan tangan serta lutut..Sekejap baik dan kemudian kembali gatal. Kesian betul tengok dia tergaru-garu pada kawasan berkenaan. Atas nasihat orang tua-tua aku mencuba sapukan air daun gelenggang yang telah ditumbuk, warnanya hijau tua.. Alhamdulillah lukanya cepat kering. Lebih kurang 2 minggu dah pulih. Masa tu , aku ambil daun tu kat tepi jalan je. Oleh sebab daun gelenggang ni mustajab dengan izin Allah, maka dah ku tanam kat rumah. Emm senang je hidup, guna keratan batang je.
Cubalah jika anda dan keluarga ada masalah ni..serta jangan lupa minta doa dgn Allah dan selawat.

Pokok gelenggang yang ku tanam kat rumah.


Penggunaan berterusan, walaupun kulitnya dah tak luka adalah sabun gelenggang ...senang sikit nak bawa ke mana-mana.

Rupa bunga gelenggang..gambar hiasan. Nak tunggu pokok sendiri pula berbunga.

Gelenggang (Cassia Alata)
Pokok gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Boleh mencapai ketinggian lebih 6 kaki Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam.Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.

kegunaan:
Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah(setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut.Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja.

untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus(rahim).Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing,penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas disesetengah negara Amerika selatan.Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria
**Amaran, perempuan mengandung,menyusukan akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik. sumber: www.melur.com

No comments: